ڤراڠاي

January 29th, 2009 by carsharf
كتيك اكو منوليس بلوڬ اين، دالم كادأن سدر، وارس دان راسيونل.
ترڬرق اونتوق منوليس تنتڠ ڤراڠاي مأنسي ني. ميمڠ مأنسي تيدق سمڤورنا، تتاڤي ڤرلو اد ستندرد قواليتي اونتوق تروسكن هيدوڤ. ككادڠ اكو تق فهم كناڤ اد ببراڤ جنيس ڤراڠاي يڠ تق سڤاتوتڽ اد.
چونتوه كاون، اد جنيس يڠ چوكوڤ باڬوس، اد جوڬ يڠ ڤراڠاي جنيس سوڠڬوه مڠجيڠكيلكن. جنيس يڠ امبيق كسمڤتن، جنيس يڠ ڤنتيڠكن ديري سنديري. اكو چوبا اونتوق جادي كاون يڠ ترباءيق، سام-سام هاروڠي ماس سنڠ دان سوسه برسام. ترباءيق ستاكت يڠ اكو ممڤو. ككادڠ سمڤأي اكو ڤنتيڠكن كاون دري كلوارڬ. لبيه باڽق ماس يڠ دهابيسكن برسام كاون-كاون.
ارم….ايتڤون اد جوڬ كاون جنيس يڠ تق برهاتي ڤروت. ڤنتيڠكن ديري سنديري. بياسا لا كالاو ماسيڠ-ماسيڠ تق ڤراسن اكن كلمهن. اكو ڤون مأنسي بياسا يڠ اد كلمهنڽ. اكو ڤاليڠ تق سوك كالاو اد يڠ سوك مڠوڬوت دمي كڤنتيڠن ديري سنديري. باڬي اكو، چوبا يڠ ترباءيق اونتوق مڠيمباڠي كڤرلوان. تاڤي ككادڠ كيت ڤون اد ترلڤس ڤندڠ كن.
اونتوق ديري اكو دان كاون-كاون، عاديل لا اونتوق ديري كيت دان جاڬ ڤراسان اورڠ لاين. كيت تق تاهو بيلا ماس كاون-كاون كيت تو اكن تراس دڠن ڤڽاتأن كيت ول حال وقتو بياسا، تيدق منجادي اڤا٢ كوديس كالاو كنا كوتوق.
بوات ماس سكارڠ ني، اكو اد بركچيل هاتي دڠن ببراڤ اورڠ كاون تاڤي بيار له. توهن ايت مها عاديل. اين لواهن هاتي اكو، بوكن اونتوق مڽيندير سسياڤا. اكو ڤون مينتا معاف سكيراڽ اد كاون-كاون يڠ بركچيل هاتي دڠن ڤراڠاي اكو. ڤد كاون-كاون يڠ اكو اڬق لاما تيدق هوبوڠي، هارڤ معلوم ساج له. والاوڤون مولوت اكو اڬق لنچڠ، تاڤي تق سمڤأي هاتي نق چاكڤ اڤا٢. سنديري ماهو ايڠت ساج لا. كالاو اكو تق باڽق چاكڤ ايت، اد له يڠ اكو كچيل هاتي تاڤي اكو تياد اڤا٢ نق دكاتا.
اين سقدر لواهن راس اكو . كادڠ-كادڠ ڤرلو جوڬ ماس اونتوق برسنديرين.

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG BATU PUTEH 2008

December 30th, 2008 by carsharf

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG BATU PUTEH 2008

Salam semua.

aku pergi ke Gunung Batu Puteh pada 25 Disember 2008 - 27 Disember 2008. Gunung Batu Puteh memang penuh dengan dugaan dan cabaran. Memang teruk sangat perjalanannya, aku setiap hari sampai di campsite dah malam. Tapi pemandangannya pula memang sungguh cantik.

24/12/2008 (Rabu)

10.15 malam: aku sampai di Restoran Burger King atau stesen Petronas Lebuhraya Lingkaran Karak. Tapi tidak ada seorang pun peserta ekspedisi yang sudah ada di situ. Lalu aku terus menghubungi Razmy. Dia kata masih dalam perjalanan di Sri Gombak. Tak lama selepas itu Razmy sampai dan diikuti pula oleh Nani yang datang dengan kereta Perodua Myvi.

10.30 malam: aku ikut Razmy ambil budak ARC di UIAM. Sampai di sana ramai yang sedang tunggu di depan tangga besar central admin building. Jumpalah member-member ARC dan juga Dr. Zaid dengan kak Aziah dan anak-anaknya.

11.15 malam: Dr. Zaid, Ummul dan Nad naik kereta aku dan terus menuju ke Restoran Burger King @ stesen Petronas Lingkaran Karak Highway. Jalan agak sesak. Ramai orang yang nak pergi bercuti menuju ke destinasi masing-masing.

11.45 malam: sampai di Burger King/stesen Petronas Lingkaran Karak Highway. Jumpa Bro. Laboo, Bulat, dan lain-lain. Asker selaku director bagi-bagikan t-shirt. Lawa juga design t-shirt itu.

25/12/2008 (Khamis)

1.30 pagi: Kami mulakan perjalanan dari restoran Burger King sebanyak 9 buah kereta. 2 kereta lagi tunggu di R&R Tapah. Dr. Zaid, Ummul dan Nad naik kereta aku.

3.00 pagi: Kami sampai di R&R Tapah arah utara. Ramai orang dan banyak kenderaan berhenti di situ. Agak lama juga kami berhenti rehat, makan, minum, borak, tidur di surau,sampai waktu subuh.

7.40 pagi: Kami mulakan perjalanan dari R&R Tapah. Berkonvoi sebanyak 11 buah kereta. Kami menyusur keluar di Tapah. Kemudian dari situ kami terus pandu menghala ke arah Cameron Highland, tapi sekejap saja, 7 batu saja sudah boleh masuk ke sebelah kanan iaitu ke simpang ke Kuala Woh.

Dalam masa lebih kurang 10 minit kami sampai di empangan apa nama entah. Kami teruskan perjalanan lagi sampai di perkampungan orang asli Kuala Woh. Kami terus lagi sampai ke penghujung jalan. Jalannya sempit, hanya muat sebuah kereta saja. Bila agaknya pihak yang berwajib nak lebarkan lagi jalan ini.

8.40 pagi: kami sampai ke penghujung jalan ini. Kira-kira 30 minit perjalanan dari simpang utama. Di sini ada satu rumah pam air (pump house). Di sini parking kereta ke, bas ke, tak adamasalah kerana ada tempat meletakkan kenderaan, kalau nak berkhemah ramai-ramai di sini pun boleh juga. Tapi orang asli itu minta kami kosongkan kawasan itu untuk budak main bola dan tapak orang berniaga.

8.50 pagi: Budak ARC mula memasak untuk pack lunch. Masak nasi goreng lah. Lepas itu hujan pun turun. Tiba-tiba datang sebuah teksi yang membawa 4 orang pendaki dari group lain. Lepas tu ada lagi 4 buah teksi yg membawa orang yang nak mendaki Gunung Batu Puteh. Dulu kami pergi 8 orang saja, so, awal-awal pagi, pukul 9.00 pagi kami sudah pergi trekking selepas sarapan pagi boleh terus jalan. Tapi kali ni dah pukul 10.00 pun masih belum jalan. Ini confirm kena jalan malam. Aku ni sudahlah obes, stamina pula kurang, jogging hanya sempat 5 kali saja. Diorang boleh suruh aku jadi trekker. Aku tak layak lah, kena swept to bolehlah. Aku pewai.

11.45 pagi: Kami mulakan perjalanan di hari pertama, menuju ke Gua Azan. Mula-mula seronok sangat. Kami naik bukit turun sikit saja. Kebanyakan perjalanan mendatar saja. Kami lalu tepi sungai yang sangat cantik. Pokok-pokok pun hijau semacam saja.

12.30 tengahari: Aku dah melepasi 2 jambatan buluh di sungai Y itu. Kashaf sudah lama berehat daripada aktiviti-aktivi luar dan lasak. Semua nampak ceria saja. Sampai di sungai kena menyeberang lah. Pada masa ini air tak lah tinggi. Jadi, syok lah menyeberang.

Kemudian kami berjalan di hutan Buluh. cantik jugak di sini. Lepas itu kami berjalan sampai jumpa group dari JB tu kata jalan dah kena tutup, kena patah balik. Kami pun berpatah balik dan ikut trek yang ditunjukkan oleh orang asli. Alah, sebenarnya boleh saja ikut trek itu. Orang asli tu sengaja tak mahu kita lalu perkampungan dia. Ada banyak juga pacat dan nyamuk.

Kemudian kami menapak mencanak naik lah kerja dia. Aku tertinggal jauh di belakang. Sweeper di belakang aku masih jauh. Jadi aku trekking seorang diri sehingga hari sudah gelap. Aku pasang lampu suluh. Cuak juga aku berjalan sorang-sorang dalam hutan tebal. Namun aku cekalkan hati untuk teruskan juga pendakian. Sampai di persimpangan ke Kem Gua Azan aku nampak ada kertas tulisan Dr Zaid diikat pada sebatang pokok, aku terus masuk ke kiri kerana aku nak bermalam di Gua. Treknya naik turun naik turun naik.

8.45 malam: Sesampainya aku di Gua. fuyyoooo. batu besar gila lah, besar dan tinggi seperti bangunan 3-4 tingkat . Sebiji setongkol batu itu je. siapa entah letak di situ. Jadi, di bawahnya ada lubang besar lah. Boleh ramai-ramai duduk tidur. Aku trekking lambat lah.. terus sampai di Gua itu pada jam 8.45 malam. Di gua ini sumber airnyakalau nak ambil kena turun ke bawah sikit. Ada air sungai di bawah batu. Cantik wooo….

10.45 malam: Sweeper Abang Peja, Mamat, Bintat sampai menemani Mat Lan yang sakit lutut kaki kanannya.

26/12/2008 (Jumaat)

Selepas bangun solat subuh, kami tidur semula. Bangun tidur terus makan.

10.55 pagi: Aku teruskan lagi perjalanan trekking ke puncak . ye lah kan kami semuanya malas nak trekking awal. Lalu atas permatang yang semakin lama semakin tinggi. Kami naik Gunung Kak. mencanak jugak. Ini baru Gunung Kak, Gunung Bang Kak lagi tinggi. Kashaf panjat-panjat. Kena panjat batu sikit-sikit.

12.25 tengahari aku sampai di puncak Gunung Kak. Fuyyo, open gila.. .ini puncak antara yang best kashaf pernah sampai (Gunung Kak). ada gaung sebelah kami tu. nampak Gunung Bah Gading (5,381 ft), Gunung Kinip dan banjaran-banjaran gunung yang lawa.. jauh di bawah terdengar deruman air terjun powernye. kata Tapa di bawah tu ada Kem force 136 pada zaman perang dahulu. Tapi aku tak nampak lah sebab tinggi dah. sebelah Gunung Kak nie ada Abang Kak, dia kira seketul batu besar yang lebih tinggi dari Gunung Kak ini. daripada puncak kak ni kita boleh nampak satu tembok batu natural warna putih kat seberang sana. Mungkin nama Gunung batu Putih diambil sempena tembok batu natural warna putih itu.

1.00 p.m: Aku teruskan trekking setelah rest 35 minit.. budget trekking pergi sampai ke puncak maksimum 4 jam daripada puncak Gunung Kak ini… kalau tak sampai kira ‘turn around time’ la lepas 4 jam tu. Trekking pangok juga. Very tough lah. Then nampak trek la sempoi saje. naik banyak lah. tapi my energy kira very low. Nasib baik mental masih bersemangat lah. Cross sudah 2 gunung itu.

4.10 petang: Sampai di ‘campsite’ dan ‘ water point’ (Kem Meon). So, aku, mamat dan bintat turun melawat sungai lah. Kami sesat kejap. Patah balik, lastly jumpa waterfall itu. fuyooooo sejuk gila. air terjun atas gunung. ambik air semua, solat asar dan zuhur..

5.30 petang: trek naik balik. mengah tau. 20 minit mendaki dah sampai di campsite ini kira okay juga. Abang Peja masak mee segera dan air hot chocolate.

6.10 petang: Aku dan Roslan teruskan perjalanan. Kami sama pancit. Geng perut boroi. Tapi kami tetap berusahanaik.Bukan macam sesetengah orang tu tak nak naik puncak, malah tidur tunggu di Gua Azan aje. Suhu semakin sejuk, sehingga aku menggigil kalau rehat lama-lama. Jumpa group pendaki dari Johor itu turun semula tak tidur di puncak. Abang pasang lantern. So, kami teruskan pendakian lagi.

9.00 malam: Jumpa Asoi rescue kami yang pancit ni. Dia kata puncak dah tak jauh lagi. Aku pula asyik mengeluh, bila anak sampai puncak ni. Rasa dah tak larat sangat membawa diri ke puncak. Pewai tau. Ada cerun sikit lah. yang lain okay, cuma di hutan lumut lah. sejuk lah.

9.15 malam: then. jeng. jeng. toing. there is no higher ground! Maknanya aku sudah sampai ke puncak Gunung batu Puteh untuk kali ke-2. Sampai saja Dr Zaid kata sebelah dia masih ada tempat kosong untuk aku bermalam. Aku terus letak beg, salin baju sejuk, bentang carry mat, terus sarung sleeping bag. Dapat merasa kopi O panas memang kaw-kaw punya.

Power juga runners depan belasah nie. Dalam masa 2 jam setengah saja diorang sudah sampai. Campsite dia best lah. besar la. ada ‘triangle survey’ juga. aku yang pancit masa tu sampai di puncak pada jam 9.15 malam. Kami dapat melihat keindahan malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang di langit.

Then makan time.nie cerita lawak la.bawak makanan ala kenduri besar lah.Masak nasi, masak sayur, masak daging,pehh superb…. malam tu cuaca elok tak hujan.

Aku tak ikut sessi taaruf tu. Lebih baik aku tidur. Lagi best. Bila sejuk-sejuk sedap tidur. Badan sudah terlalu letih.

27/12/2008 (Sabtu)

kami bangun awal pagi.. jam 6.15 sudah bangun solat subuh..kemudian tunggu sunrise. jam 6.30 dah mula cantik dah… alhamdulillah cuaca elok pula. kami dapat menikmati keindahan sunrise batu puteh hanya di puncak tu sahaja. Kalau di puncak lain dah jadi sunrise dari gunung lain pula, bukan gunung batu puteh.

Kemudian kami sarapan pagi, packing dan bergambar beramai-ramai. Wah, semua orang dah guna kamera digital, cuma aku saja yang masih guna kamera filem. Ah, peduli apa aku, janji dapat tangkap gambar.

9.50 pagi: Bila masa turun pula. Ini yang nak marah ni. Penat-penat naikgunung. Itu saja. Lepas tu turun balik. bukan nak buat rumah di atas itu ke apa ke. bawa pokok balik ke. apa ke. ishhhhhh aku tak paham lagi lah kenapa aku suka mendaki gunung. Tak serik-serik.

11.00 pagi: aku sampai di Kem Meon. Berhenti rehat 5 minit dan teruskan lagi berjalan turun. Kaki aku masih lagi sakit-sakit. Namun aku gagahkan juga untuk terus berjalan.

12.00 tengahari: Aku sampai di Gunung Kak. Makan tengahari di situ. Sempat ambil gambar pemandangan. Kemudian aku ubati kedua-dua belah kakiku yang sakit-sakit. Urut dengan minyak panas. Tak lama lepas tu sweepers pun sampai bersama Roslan.

1.00 p.m: Aku dan Roslan turun dari puncak Gunung Kak. Semasa turun tu aku jatuh tersungkur, tapi aku bangun semula buat-buat macam tak ada apa-apa.

1.30 p.m: Sampai di simpang keluar dari trek Gua Azan.

2.00 p.m: Sampai di simpang nak masuk ke trek menuju ke Gua Azan.

3.30 Petang: Aku sampai di Kem Balak 2. Berhenti rehat dan solat. Ada group pendaki lain yang berkhemah di Kem Balak ini.

4.00 Petang: Teruskan lagi jalan, Roslan follow belakang aku. Trek licin sungguh seperti berjalan si atas salji. Kadang-kadang aku menggelongsor saja. Kakiku masih sakit. hujan pula. so turun perlahan-lahan lah dengan penuh berhati-hatilah, bimbang kalau tercedera nanti. kami turun ikut struggle camp. Muzafar sakit lutut kaki kanannya. Amar sweep dia.

Aku pun apa lagi, minta jalan dulu dengan Roslan. Hujan masih turun. Jalan punya jalan sampai jumpa Nany, Radzi, Fatim dan ada 2-3 orang lagi. Lalu tebing memang menggayatkan. Trek licin. Ada yang beberapa kali terjatuh, mujur tak jatuh terus ke dalam gaung.

7.30 malam: Sampai di sungai Y. fuyooooooo air banyak tinggi woooooooo. Hujan manyak lebat la. Jeng-jeng ada jambatan. masa datang pun kami naik jambatan ni ….. ada 2 pokok besar dikedua-duabelah sungai…. dahannya rimbun sampai mencecah tebing sebelah sana. so orang asli buat tangga di kedua-dua belah tebing naik ke atas pokok. Then dari pokok ke pokok ada jambatan buluh. Perasaan aku pada ketika itu cuak campur kaget juga….. iyelah…. boleh percaya, engineering diorang nie. tapi semua okay saja. dema mesti rajin maintainbridge ni. Kalau jatuh pun ke bawah saja kan. bukannya ke atas.

Hari sudah malam. Aku teruskan perjalanan diikuti oleh Roslan. Roslan tak bawa lampu suluh, aku yang jadi pemandu arah di depan. Roslan dah terlalu pancit, dia minta aku trekking slow and very slow. Kesian dia tak bawa torch light. Katanya dia tak sangka boleh trekking sampai malam. Dia ingatkan Gunung batu Puteh ni macam gunung angsi.

9.00 malam: So, kami selamat sampai la ke pump House itu, makan sikit biskut apa yang patut, minum teh O panas.

9.30 malam: Sweepers pun sampai.

Aku mandi di luar saja. Ada pili air paip bukit. Malas nak beratur tunggu giliran guna bilik air orang asli. Lepas tu salin baju. Borak-borak dengan kawan-kawan semua. Kami rancang nak pergi ke Cameron Highland.

Aku rasa letih sangat, lalu aku tidur sebentar di dalam kereta. Sampai pukul 11.30 malam aku terjaga dari tidur.

28/12/2008 (Ahad)

12.30 a.m: kami ramai-ramai keluar lalu kampung orang asli. Kami mulanya hairan melihat anak-anak muda orang asli ramai yang keluar di tepi jalan. Rupa-rupanya ada live band main muzik di padang kampung tu. Yang peliknya, tak ada seorang pun yang duduk di depan pentas. Cuma menonton dari tepi jalan saja. Lawa juga anak-anak gadis asli ni. Kami teruskan lagi mencari kedai makan. Mujur ada kedai makan masih dibuka, Restoran Veterinar Corner namanya. Terletak di depan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kalau dari Tapah, kedai tu kat sebelah kanan. Lama juga kami di kedai makan itu, sampai jam 2.45 pagi.

3.00 pagi: Dr Zaid yang drive my car terus menuju ke Tanah Rata Cameron Highland. Jaraknya 54 kilometer baru sampai. Jalannya banyak selekoh. Cekap sungguh Dr Zaid memandu.

4.00 pagi: Kami sampai di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata Cameron Highland. Lepas parkir kereta kami menuju ke masjid untuk menumpang tidur. Inilah masjid yang paling best di Malaysia. Siap ada bilik untuk muslimat tidur.

5.50 pagi: Imam buka semua lampu lampu masjid itu dan kejutkan kami untuk solat subuh. Namun masih ada yang enggan bangun. Lepas selesai solat kami tidur lagi sampai jam 9.30 pagi.

10.00 pagi: kami terus pergi Berinchang untuk jalan-jalan cari makan. Jalan sungguh sesak. Nasib baik dapat parkir. Aku nampak di Berinchang ni ada banyak hotel dan hostel. Kemudian kami terus pergi ke medan selera untuk makan. Aku makan nasi lemak.

11.30 pagi: Niat di hati nak pergi ke Kea Farm tapi tak sampai ke sana pun. Jalan sesak terus sampai hangit enjin kereta aku. So, kami berempat (Kashaf, Pak Jed, Kidin & Nad) berhenti di Pasar Tani di Tapak Pasar Malam Berinchang. Beli sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi.

Then kami berpatah balik ke Pekan Berincang. Parkir kereta. Jalan kaki menuju ke gerai menjual baju sejuk bundle. Kami berborak pasal Gunung Kinabalu. Kidin nak pergi ke Gunung Kinabalu pada 9 Januari 2009 ni. Dr Zaid bersembang pasal pengalalannya mendaki Kinabalu.

Kemudian kami pergi ke Cactus Valley. Cantik sungguh tempat ni. Macam-macam jenis pokok kaktus, pokok bunga ada. Pokok epal dan anggur pun ada. Nadira beli 6 pokok kaktus kecil. Dr. Zaid pun nak beli pokok bunga, tapi kereta dah tak muat lah, so tak jadi beli. Lepas itu kami pergi ke Ladang Red Big Strawberry. Kira macam agro tuorism lah ni. Lama juga kami jalan-jalan sampai ke 4-5 jam lamanya.

5.30 petang: Aku, Dr Zaid, Kidin dan Nadira pergi ke pasar malam. Beli-belah lagi sampai tak cukup tangan. Memang murah sayur, buah dan bunga.

6.30 petang: Kami pergi ke Masjid Berinchang, solat jama Asar dan Zuhur. Lepas tu kami pergi makan di medan selera Berinchang.

9.30 malam: kami balik ikut jalan kampung Raja Simpang Pulai. Hujan lebat. Jalannya agak lebar dan kurang berselekoh.Bila dah sampai di plaza Tol Simpang Pulai, kami rasa lega. 30 minit selepas itu kami sampai di R&R Tapah. Kami berehat di situ dalam masa sejam. Ingat nak tunggu orang belakang. Kidin dapat SMS, brek kereta Razmy ada masalah sikit. Kami terus ke Plaza Tol Sungai Buloh.

Lepas hantar Kidin di UIA Gombak, dan Nadira di Ampang Jaya, aku hantar Dr Zaid di Bukit Permata Sri Gombak. Wah, besar sungguh rumah Pak Jed. 3 tingkat. Pak Jed ajak aku minum di rumah dia. Kak Aziah dan anak-anak dia tak ada di rumah, semuanya balik kampung. Pak jed ajak aku tidur di rumah dia. Tapi aku tak nak kerana lebih selesa tidur di rumah sendiri.

4.30 pagi: aku sampai di rumah. Aduh nak mendaki tangga sampai tingkat 5 lagi. Akhirnya sampai juga aku dengan selamatnya. Apa lagi terus pengsan.

Kesimpulannya, Gunung Batu Puteh nie tak lah seglamour Gunung Korbu dan tak setough Gunung Korbu. Lalau ramai geng kita tahap ’slow train’ lebih baik pergi ke Gunung Batu Puteh. dan aku tak bermaksud yang Gunung Batu Puteh ni mudah saje. susah jugak. So, training kena la selalu buat. Kira wajib lah. So, lu fikir lah sendiri. Budget kami cuma seorang RM70 sahaja. hah murah kan? itu semua sudah termasuk bayar Minyak kereta, Tol, dan ration makanan…dan T-Shirt, makan mewah beb.. Ada group satu lagi tu yang datang dari Joor bahru tu, punya fee setiap seorang RM270.00 untuk mendaki Gunung Batu Puteh.

Kashaf Al-Zaidi

Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

PANDUAN ASAS SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA EKSPEDISI.

May 6th, 2008 by carsharf

PANDUAN ASAS SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA EKSPEDISI.


Sebelum Berlepas / Pre-Departure

1. I.C / Kad Pengenalan Atau Passport.
2. Duit / Kad Credit Dll
3. Dokumen Peribadi - Insurance Peribadi Dan Sebagainya.
4. Buku Kecil & Pencil Organiser Dll.
5. Buku Alamat & Talipon ( Address Book )
6. Talipon Bimbit ( Hand Set )
7. Kamera + Bateri

Begasi /Beg

1. Beg Galas ( Haversack )
2. Beg Kecil ( Day Pack )
3. Beg Duit / Beg Pinggang ( Pouch Bag )

Perlindungan / Shelter

1. Khemah ( Tent With Poles & Pegs )
2. Beg Tidur ( Sleeping Bag )
3. Bantal Angin ( Air Pillow )
4. Alas Tidur ( Camping Mat / Karri Mat)

Pakaian / Clothing

1. Sepasang Pakaian Trekking
( Thight / Long Pant / T-Shirt / Hat / Scarf / Bandanna)
2. Sepasang Pakaian Tidur & Stokin Bersih .
3. Sepasang Baju Panas / Jacket
4. Kasut Trekking Yang Sesuai Dengan Stokin.
5. Selipar & Sandal Yang Sesuai .
6. Baju Hujan & Poncho.
7. 2 Pasang Sarung Tangan / Gloves
8. Topi / Penutup Kepala / Balaclava .
9. Seluar Dalam
10. Cermin Mata / Sunglasses

Barangan Peribadi / Mandian

1. Tuala Kecil
2. Sikat / Cermin Kecil
3. Berus & Ubat Gigi Kecil
4. Sabun Kecil
5. Shampoo Paket & Botol Kecil
6. Bedak Kecil
7. Suncsreen
8. Lipbalm
9. Toilet Paper / Rolls
10. Insect Repellents
11. Sun Block.

Alatan Memasak & Makanan

1. Dapur
2. Botol Gas / Minyak Masak
3. Mancis & Lighter
4. Mess Tin
5. Pinggan / Sudu / Garfu
6. Cawan Plastik
7. 2 Botol Air Plastik
8. Beg Plastik.

Alatan / Tool

1. Pisau / Multi-Usage Knife.
2. Lampu Suloh ( Torch Light )
3. Bateri Extra
4. Whistle
5. Sewing-Kit

Ubat-Ubatan Peribadi (Sendirian )

1. Panadol & Aspirin
2. Ponstan & Pain Killer
3. Ubat Cirit-Birit / Diarrhea
4. Ubat Sakit Perut
5. Vitamins
6. Handy Plast
7. Minyak Angin
8. Knee Guard
9. Ankle Guard
10. Counter Pain Cream / Deep Heat Cream Dll.
11. Zambulk Cream .

Kudapan & Makanan Persendirian/ Side Ration

1. Snickers
2. Buah-Buahan Kering
3. Nestums
4. Biskut
5. Kurma
6. Chocolate
7. Kismis
8. Power bar

Berhenti Kerja Dapat Kerja

April 11th, 2008 by carsharf

Aku tengah sedih ni. Hari Isnin, 14hb April ini last day aku dengan colleague aku di tempat kerja kami sekarang ni, setelah 13 bulan bekerjasama dalam satu office.

I have to move to the other legal firm…. uwaa… starting from 15 April ini aku kerja di tempat baru dengan gaji lebih lumayan. Ah, tak banyak mana pun, cuma lebih 2 ratus saja.

Hari khamis baru ni aku pergi interview dengan seorang partner di law firm itu dan lepas habis interview itu dia terus setuju nak ambil aku kerja dan terus buat surat perlantikan jawatan (letter of offer) and aku turunkan my signature tanda setuju. Alhamdulillah, setelah banyak kali aku pergi interview, akhirnya dapat kerja juga.

Firm baru nanti tu pun dekat dengan rumah aku sewa ni. 3 km saja jaraknya dari rumah ke office. Apa-apa pun, kerja tetap kerja, walau di mana pun kita bekerja. Jangan sampai dikerjakan, sudah la.

Pusing-pusing

October 29th, 2007 by carsharf

             
         

Malam
tadi lepas balik beraya, aku tidur jam 12.30 tengah malam. Letak kepala
terus terlena. Pukul 6.00 pagi aku terjaga bila terdengar alarm ring
handphone aku. Gedebak gedebuk gedebak setelah buat apa yang patut
rutin harianku di pagi hari, jam 7.30 aku terus pergi ke tempat kerja
aku. Alahai, jarak rumah ke office aku cuma 1 kilometer ajer. Sesajer
aku keluar awal pasal nak rebut tempat letak kereta. Maklumlah kan kat
sini parking free of charge, tak kena bayar. Kalau lambat memang kena
parking jauh dari office. Aku dah parkir kereta dan terus bersarapan
kat kedai mamak. Aku macam biasa lah setiap pagi minum teh halia. Makan
tu kekadang nasi lemak ke, roti canai ke, capati ke, beehoon ke. Aku
lebih suka capati pasal tak berminyak sangat.

Sebenarnya
aku punyab office hours 9.00 am – 6.00 pm. Tapi aku lebih suka masuk
awal. Jam 8.00 pagi aku dah masuk opis. Kasang-kadang aku balik jam
9.00 malam. Banyak kerja lah. Letih rasanya. Dahlah my collegue kena
berhenti kerja. Tu lah dia tu suka sangat ponteng kerja. Asyik cuti
ajer, MC ajer. Mulut manis bila cakap dengan boss. Depan kita cakap
bukan main baik lagi, tapi di belakang kita, macam-macam dia kutuk kita
kat boss. Padahal boss pun tak ambil pusing akan apa yang dia cakap.
Aku tak kisah. Cool ajer lah. Sesetengah orang perempuan memang macam
tu ke perangainya?  Astaghfirullahal ‘azim.

Sekarang
ni aku kena buat kerja orang tu. Semakin bertambah sibuklah aku.
Mintak-mintaklah boss ambil legal assistant baru. Hulurkanlah tangan,
ringankanlah beban kerjaku ini. Pulak tu bulan December ni nak pindah
ke office baru.

Tengahari
tadi aku pergi ke KMKL Jalan Duta. Aduh, Jalan Genting Klang sesak
teruk sangat tak kira masa, asyik traffic jam sokmo. Bosan lah. Tapi
sabar jer. Hujan lebat pulak tu. Huh, dari semalam hujan tan
henti-henti. Petanda nak masuk musim tengkujuh ni.  Jalan depan
pekeliling pun jem. Pukul 1.45 pm, aku sampai depan MSS8, pintu masih
belum dibuka. Tepat jam 2.00 pm pintu dibuka maka meluru masuklah para
solicitor. Huh, aku cuma ambil next date sajer kat interpreter.
Hehehehe. Pasal client instructed to obtain next date for the reason of
pending settlement. Dapat tarikh nah, awal tahun 2008. Diary 2008 pun
aku tak cari lagi. Hari tu dah cari kat bookstores, katanya masih belur
keluar.

Sebenarnya
banyak yang aku kena siapkan ni. Pening memang pening kepala ni. Mujur
ada nutmeg balm (salap buah pala) import dari Kota Permai, Bukit
Mertajam. Sapu kat kepala. Lega sikit.  Aku dah tak ada idea nak
menulis lagi.  Salam sayang dari aku untuk kawan-kawan semua.

Sayang
= kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi
rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang
yang menjadi telinga yang mendengar segala masalah kita”.


Balik nanti aku nak jamming kat rumah sorang-sorang. Yeah… yeah!!!(in that rock voice)

Ziarah Menziarahi di bulan Syawal

October 29th, 2007 by carsharf


 

Semalam hari Ahad, 28 Oktober 2007. Lepas siap mencuci
pakaian di rumah, aku lepak-lepak, baca surat khabar. Pukul 12.30 tengahari ahad
aku pergi ke tempat cuci kereta untuk cuci kereta. Cuaca panas terik sangat.  Pukul 1.00 pm baru lah siap cuci kereta.
Barulah cantik kereta nak dibawa pergi beraya.

 

Lepas itu aku terus lalui Jalan Jelatek, Jalan Ampang.
Aku nak pergi ke rumah kawan baru aku namanya PakDhe di Taman Kosas Ampang.
Jalan sesak juga di hari Ahad. Mungkin mereka pun nak pergi beraya dan majlis
rumah terbuka. Pukul 2.00 petang barulah aku sampai Taman Kosas. PakDhe pun
turun dengan Ajib JawaBoy menjemput aku parking kat luar dan membawa naik ke
rumah. PakDhe dan MakDhe menghidangkan nasi himpit, rendang, serunding, sambal
goreng, dan air kopi 434 (kopi special from Muar). Memang sedap. Syukur
alhamdulillah.

 

Lepas makan, kami berborak pasal bahasa jawa ini. PakDhe ni
keturunan jawa. Dia keluarkan segala macam bahan ilmiah mengenai bahasa jawa
yang ada dalam simpanannya, termasuk pelbagai jenis kamus jawa. Bagus juga
berkawan dengan orang lama yang banyak pengalaman ni. Dia bercerita pengalaman
dia belajar dan berkhidmat dengan kerajaan sehinggalah dia pencen.  Setelah aku baca buku-buku koleksi Pak Dom itu,
baru aku tahu bahasa jawa yang standard. Selama ini aku hanya dengar dan cuba
ikut bertutur bahasa jawa semasa di kampung aku dulu.

 

Masa dia rancak bercerita, aku terpandang gambar sekeluarganya.
Aku ternampak muka yang macam aku kenal. Eh ini Aidit nih. Oh rupa-rupanya
penggubah dan penerbit lagu yang itu anak dia. Patutlah muka macam seiras ajer.
Anak bapak. Huhuhuhu.

 

Setelah lama aku berada di rumah Pak Dom itu, pukul 5.30
petang aku pun minta diri untuk pergi ke rumah terbuka anjuran Persatuan Alumni
kelab Kembara UIAM di rumah kawan kat Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai,
Seri Kembangan. Jalan nak keluar dari Ampang sesak teruk. Di Jalan Lingkaran
Tengah 2 (MRR2) pun sesak juga. Jalan Sungai Besi-Punchong pun sesak. Sampai di
Bandar Kinrara barulah jalan lengang sikit. Sampai ajer kat Taman Puncak Jalil
itu aku tersesat.

 

Pusing punya pusing akhirnya pada pukul 7.00 malam
barulah aku sampai ke destinasi. Dah ramai kawan-kawan kat situ. Dah lama aku
tak jumpa diorang. Ada yang aku tak jumpa sejak 5 tahun. Ada abg Adique, abg
Mat Lan, Kak Bieeyah, Bujack, McKas, Kichok, Shue, Abang Peja, Iftitah, Pop,
Ronie, Nan, Chah, Bulat, Nizam, Burr, Bintart, Halim, McTie dan ramai lagi lah
aku lupa. Banyak perkara yang disembangkan sambil makan-makan roti jala, satey,
soto ayam, otak-otak, buah-buahan dan minum-minuman. Aku dapat 2 kad jemputan
ke majlis walimahtul urus kawan-kawan aku. Musim cuti sekolah banyak pula
jemputan kenduri kahwin. Sedar tak sedar dah jam 10.00 malam. Kami pun balik ke
rumah masing-masing.

 

Hujan turun agak lebat. Aku sampai kembali ke rumah aku
pada pukul 11.30 malam. Huaarrghhh penat.

Excursion to Kem Lolo Gunung Nuang

September 10th, 2007 by carsharf
                                           Semalam
hari Ahad aku pergi berkelah di Sg Lolo Hutan Lipur Gunung Nuang. Aku
keluar rumah dalam jam 8.00 pagi tunggu kawan aku di Stesen Petronas
Jalan Bukit Belacan, Ampang. Bila semuanya sudah sampai, kami dari
kelab Latepackers berkonvoi sebanyak 4 buah kereta menuju ke arah Kg
Kuala Pangsun Hulu Langat.



Dalam
perjalanan aku terima SMS dari kawan aku yang menyatakan ada 29 orang
student UiTM Segamat tersekat di Puncak Pengasih Gunung Nuang. 2 orang
daripada mereka turus ke pejabat renjer hutan pada jam 2.00 pagi minta
bantuan.

Polis,
Jabatan Bomba & Penyelamat, JPA3, Jabatan Pertahanan Awam semua
dipanggil dalam misi menyelamat. Ada 2 orang yang cedera di kaki, dan
sorang lagi diserang asthma yang teruk. Maklumlah kan di atas gunung
sana sejuk dan masa diorang naik tu di atas tu hujan lebat.

Jam
10.15 pagi kami sampai di resort Gunung Nuang. Kami nampak ada
ambulance JPA3 stand by kat bawah. Jam 10.30 pagi kami start trekking.
Kami kena bayar sorang RM1 dan daftar nama dengan renjer untuk masuk ke
hutan gunung Nuang.

12.00
tengahari kami sampai di Kem Sungai Lolo. Kami bentang ground sheet dan
pasang fly sheet. Cuaca macam nak hujan saja, tapi tak hujan. Best juga
mandi manda jeram sungai Lolo ni. Airnya jernih sungguh, dingin,
menyegarkan dan menyamankan.  Huhuhu…..

Badan dah letih, perut pun dah lapar, kami keluarkan makanan masing-masing. Makan ramai-ramai, barulah berkat.

Aku
sempat juga berborak dengan anggota penyelamat yang sedang menunggu di
bawah ini. Katanya bebudak tu naik ke puncak dalam jam 2.00 petang
sabtu, kata mereka nak tengok keindahan sunset di puncak nuang. Tapi
ada yang tercedera dan hujan, tak dapatlah tengok sunset.

Diorang
tu mungkin under estimate Gunung Nuang dan over confidence yang diorang
boleh daki.  Makan pun mee segera dan sardine, macamana nak ada tenaga.
Itulah bebelan abg2 penyelamat dari JPA3 Jalan Semarak KL.

Bebudak
UiTM seramai 29 orang yang sankut kat atas nu pun baru sampai di Sg
Lolo ini. Kawan mereka yang cedera sedang dibawa turun oleh pihak
penyelamat.

Pukul
2.00 petang barulah semuanya turun di Kem Lolo. Nasib baik ada 3 buah
kenderaan 4 Wheels Drive JPA3 bawa mereka turun ke resort.

Jam
2.30 petang kami pun berkemas-kemas dan turun semula ke resort nuang.
Jalan memang becak setelah dilanyak oleh kenderaan pacuan 4 roda tadi.

Jam
3.30 kami sampai di resort, bersihkan kaki, daftar keluar kat renjer,
makan ais krim, tukar pakaian dan balik membawa haluan masing-masing.
Sampai di Batu 18 Hulu Langan, jalan sesak teruk, sampai di Batu 14 pun
jalan jammed. Aku ikut Jalan Ampang, sesak juga, masuk ke Jalan Lelatek
dan akhirnya sampai di rumah dalam jam 5.00 petang.

Kakiku
ini masih sengal-sengal lagi. Pagi tadi pergi ke Shah Alam Court.
Jalan Genting Klang sesak teruk yang luar biasa. Aku dah lah terlambat
ni. Akhirnya sampai sana jam 9.30 pagi. Nasib baik sempat lagi
selesaikan tugas.
 

Alphabet of Happiness

August 28th, 2007 by carsharf

Alphabet of Happiness

             
         

     Something to lift your spirit during difficult situation…

A–Accept
Accept
others for who they are and for the choices they’ve made even if you
have difficulty understanding their beliefs, motives, or actions.

B–Break Away
Break away from everything that stands in the way of what you hope to accomplish with your life.

C–Create
Create a family of friends whom you can share your hopes, dreams, sorrows, and happiness with.

D–Decide
Decide
that you’ll be successful and happy come what may, and good things will
find you. The roadblocks are only minor obstacles along the way.

E–Explore
Explore
and experiment. The world has much to offer, and you have much to give.
And every time you try something new, you’ll learn more about yourself.

F–Forgive
Forgive
and forget. Grudges only weigh you down and inspire unhappiness and
grief. Soar above it, and remember that everyone makes mistakes.

G–Grow
Leave the childhood monsters behind. They can no longer hurt you or stand in your way.

H–Hope
Hope for the best and never forget that anything is possible as long as you remain dedicated to the task.

I–Ignore
Ignore
the negative voice inside your head. Focus instead on your goals and
remember your accomplishments. Your past success is only a small
inkling of what the future holds.

J–Journey
Journey to new worlds, new possibilities, by remaining open-minded. Try to learn something new every day, and you’ll grow.

K–Know
Know that no matter how bad things seem, they’ll always get better. The warmth of spring always follows the harshest winter.

L–Love
Let
love fill your heart instead of hate. When hate is in your heart,
there’s room for nothing else, but when love is in your heart, there’s
room for endless happiness.

M–Manage
Manage
your time and your expenses wisely, and you’ll suffer less stress and
worry. Then you’ll be able to focus on the important things in life.

N–Notice
Never
ignore the poor, infirm, helpless, weak, or suffering. Offer your
assistance when possible, and always your kindness and understanding.

O–Open
Open your eyes and take in all the beauty around you. Even during the worst of times, there’s still much to be thankful for.

P–Play
Never forget to have fun along the way. Success means nothing without happiness.

Q–Question
Ask many questions, because you’re here to learn.

R–Relax
Refuse to let worry and stress rule your life, and remember that things always have a way of working out in the end.

S–Share
Share
your talent, skills, knowledge, and time with others. Everything that
you invest in others will return to you many times over.

T–Try
Even when your dreams seem impossible to reach, try anyway. You’ll be amazed by what you can accomplish.

U–Use
Use your gifts to your best ability. Talent that’s wasted has no value. Talent that’s used will bring unexpected rewards.

V–Value
Value the friends and family members who’ve supported and encouraged you, and be there for them as well.

W–Work
Work
hard every day to be the best person you can be, but never feel guilty
if you fall short of your goals. Every sunrise offers a second chance.

X–X-Ray
Look deep inside the hearts of those around you and you’ll see the goodness and beauty within.

Y–Yield
Yield to commitment. If you stay on track and remain dedicated, you’ll find success at the end of the road.

Z–Zoom
Zoom
to a happy place when bad memories or sorrow rears its ugly head. Let
nothing interfere with your goals. Instead, focus on your abilities,
your dreams, and a brighter tomorrow.

هاتي دان ڤراساءن

August 10th, 2007 by carsharf

تيدق
ماهولاڬي ترلالو ممكيركنڽ. بلوم ادا رزقي أونتوق إيتو . بياركن دولو.
توڠڬو دان ليهة . كالو أدا رزقي أداله تو,  كالو تق أدا,  أڤ بوليه بوات
.  بيارله الله يڠ مها كواسا مننتوكنڽ .  دي لبيه تاهو أڤ يڠ بإيك أڤ يڠ
تيدق

بوكن ڤسره بوكن برسراه بولت٢  تنڤا برأوسها . أدا براوسها دان
برإختيار جوڬا . هاڽ مانسي بياسا   تاهو أرتي ڤنات لتيه جمو دان بوسن
بيلا برتروسن تنڤا ڤروبهن.  بوكنڽ ميسين   روبوة . مانسي ڤوڽا هاتي دان
ڤراساءن

سأومڤاما  لاوتن  د ڤرموكاءنڽ نمڤق تنڠ  تاڤي د داسرڽ  برڬلورا .   ألله تاهو همباڽ ماسيه بلوم برسديا  أنتوق إيتو.  بيارله رهسيا

40 nasihat Saidina Ali

July 31st, 2007 by carsharf

Berikut adalah 40 nasihat Saidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya (hatinya) yang mana adalah sekeping daging

4. Mereka yang bersifat pertengahan (sederhana) dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :
- mereka yang mengenal Allah SWT
- mereka yang mencari kebenaran
- mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah SWT

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.

21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya

23. Seorang yang membantu adalah sayap bagi seorang yang meminta

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran

28. Seorang yang hamba kepada nafsu syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29. Orang yang berhasad dengki marah kepada orang tidak berdosa

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu perhambaan

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah SWT dengan bersedekah

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah SWT akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."

(Sahih Muslim)